HUBUNGI SAYA

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH LAH MENGHUBUNGI TERUS SAYA DI TALIAN 0134928465 (FAIZAL)

cendawantimur ent adalah syarikat milikkan tunggal,oleh itu saya tidak ada melantik sebarang rakan kongsi atau egen untuk segala urusan mengenai cendawantimur ent..

jika ada individu atau kumpulan yang mengunakan syarikat cendawan timur untuk berurusan di harap rakan rakan dapat melaporkan kepada saya dengan segera.terima kasih
Post info


Comments 0


Author: FAIZAL IBRAHIM


rasanya tidak terlambat lagi cendawan timur mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca setia blog ct.. rasanya mood raya masih ada di kalangan kita termasuklah kami..


kat sini nak mencerita sikit tentang pengalaman- pengalaman semenjak mengusahakan cendawan..hari ini utk isu suntik benih..s
untik benih boleh dikatakan satu mimpi ngeri pada pengusaha cendawan..silap suntik boleh menyebabkan kerugian besar kepada pengusaha.. rata rata ramai juga pengusaha yang gulung tikar disebabkan suntikan yang tidak menjadi..


cendawan timur juga tidak terlepas dari masalah tersebut..2tahun lepas hampir hampir gulung tikar disebabkan benih dan tempat suntik yang tidak bersih serta tercemar dengan anasir luar..selain itu proses menyuntik juga rumit,kena cuci bilik dengan deltol,guna pelita,tangan kena bersih dll lain lain masalah yg lain..


setelah mengikuti kursus lanjutan cendawan di KTC,tahun lepas saya tertarik dengan seorang penceramah yang memang tidak asing lagi dlm industri cendawan,Pn Normah,yang mencadangkan pengunaan lampu UV LIGHT,untuk mencegah penyakit yang berpunca dari bilik suntik


tanpa berlengah masa lagi saya terus jer order UV LIGHT untuk di letakkan di dalam bilik suntik,dari pemerhatian setelah hampir 1tahun mengunakan UV LIGHT ini,ianya amat amat berkesan untuk mencegah penyakit..terutama penyakit kulat jingga,hijau.. jika dulu boleh dikatakan 1000 beg media yang dibuat hampir 500 beg akan diserang kulat jingga,kini boleh dikatakan hampir semua beg tidak dijangkiti kulat jingga,mana kata kulat hijau dlm 1000 beg yang berjangkit 1 beg sahaja..


selain itu kaedah menyuntik benih juga tidak seperti kaedah lama..kini tanpa clorox,deltol,pelita..

cuma on jer UV LIGHT ..dan sebelum 2jam menyuntik benih off kan.. masuk dan suntik.. memang sempoi..


ada juga rakan rakan pengusaha yang mempunyai serangan penjakit jingga saya syokkan mengunakan UV LIGHT ini,hampir semua mereka menyatakan keberkesanan lampu ini..


kepada rakan rakan pengusaha yang masih menghadapi masalah penyakit jingga atau penyakit lain lain..saya syorkan rakan rakan mengunakan UV LIGHT..


0 ulasan:


Catat Ulasan

cendawan @facebook

Catatan Popular

Dikuasakan oleh Blogger.